The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

PREVIU PERLAWANAN: Selangor Mahu Singkirkan Melaka United (TM Piala Malaysia 2020)

Nov 07, 2020 - FAS

Perlawanan pertama TM Piala Malaysia 2020 pusingan kalah mati menyaksikan pasukan Selangor bakal menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat pada hari ini jam 9.00 malam.


Untuk rekod, pertemuan yang sama telah berlangsung dalam Piala Malaysia kumpulan D musim lalu yang berakhir dengan keputusan Selangor dan Melaka United seri 1-1 di peringkat kumpulan dan menyaksikan Selangor mara ke pusingan suku akhir.


Kemenangan pada perlawanan ini akan memastikan pasukan Selangor mara ke pusingan suku akhir bagi menentang pasukan Kedah yang telah menewaskan Pahang 3-2 pada malam semalam.??


Sejak kejohanan Piala Malaysia diperkenalkan, pasukan Selangor pernah bermain menentang pasukan Melaka United sebanyak 10 kali, dengan enam kemenangan berpihak kepada Gergasi Merah dan hanya tewas sekali.


Pemangku ketua jurulatih Selangor, Michael Feichtenbeiner menganggap bahawa peluang sama dimiliki oleh semua pasukan yang bertanding kerana kejohanan Piala Malaysia tahun ini telah diubah menjadi format kalah mati satu pusingan kerana pandemik COVID-19.


Beliau juga menyeru supaya para pemainnya untuk kekal fokus untuk setiap perlawanan, terutamanya ketika menentang pasukan Melaka United.


“Buat masa ini, tumpuan utama pasukan adalah perlawanan menentang Melaka United. Mereka merupakan antara pasukan yang kuat tetapi saya yakin pemain akan menunjukkan prestasi terbaik mereka,” tegas Michael.


Pemain tengah Selangor, Brendan Gan juga menyuarakan nada yang sama dengan pengendali sementara pasukan Gergasi Merah dengan mengharapkan rakan sepasukannya akan memberikan saingan yang baik untuk perlawanan ini.


Pemain berdarah kacukan Malaysia-Australia itu dipetik berkata, "Saya percaya pada pasukan Selangor dan apa yang kita mampu lakukan. Sekiranya kita bermain dengan sebaik mungkin pada hari tersebut, kita akan dapat mengatasi sesiapa saja.”


Dari sudut keberadaan pemain pula, pemain muda dari Selangor 2, Mukhairi Ajmal masih menjalani proses pemulihan daripada kecederaan yang dialami semasa perlawanan terakhir ketika menentang Felda United pada saingan CIMB Liga Super 2020 yang lalu. 


Seorang lain pemain lincah Selangor, K. Prabakaran juga tidak dapat diturunkan dalam perlawanan ini atas faktor kecederaan buku lali sebelah kiri, sementara Hakim Hassan juga masih menjalani proses fisioterapi.


Semoga pasukan Selangor dapat mengekalkan rekod baik menentang pasukan Melaka United, sekaligus mara ke pusingan suku akhir. Ayuh Selangorku!